Untuk dijual handset terpakai SE - K330 dengan harga 135.00 sahaja termasuk belanja penghantaran

Ancaman baru telefon bimbit murah

>> Saturday, June 27, 2009


Tindakan India mengharamkan jualan telefon murah buatan China dan Taiwan kerana tiada IMEI mendedahkan bahaya senyap yang tidak disedari pengguna sejak sekian lama.

Bagaimanapun pada minggu lalu, dunia gempar dengan tindakan drastik kerajaan India mengharamkan pengimportan telefon mudah alih dari China dan Taiwan. Alasannya ialah sebagai antara langkah keselamatan domestik.


Ini kerana telefon buatan dua buah negara itu dikesan tidak dilengkapi dengan International Mobile Equipment Identity (IMEI). Ironi, kod siri 15 digit itu sebenarnya bukan syarat standard pembuatan produk telekomunikasi.

Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah. Langkah berani itu dipuji Presiden Persatuan Selular India, Pankaj Mohandroo yang sekian lama meminta pihak kerajaan berbuat demikian. 

“Kami sudah letih berkempen mendesak kerajaan menyekat kemasukan telefon bimbit dari China dan Taiwan, bahkan ada bukti suspek pengganas siri serangan di Mumbai juga menggunakan produk telekomunikasi ini kerana ia tiada IMEI,” jelas beliau. Ketiadaan siri itu yang biasanya dilekatkan di belakang telefon bimbit turut mendedahkan pengguna kepada risiko jika berlaku kecurian. Data di dalam telefon juga boleh dieksploitasi penjenayah untuk memintas dengar perbualan.

Hakikat yang tidak disedari ramai ialah telefon tanpa IMEI sebenarnya banyak terdapat di pasaran. Ia menerima permintaan tinggi kerana berharga murah. Di India, telefon sedemikian dijual dari serendah RM60 sehingga RM120 sebuah.

- Oleh AMREE AHMAD /Kosmo

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP