Untuk dijual handset terpakai SE - K330 dengan harga 135.00 sahaja termasuk belanja penghantaran

Selamat mencuba panduan ini

>> Wednesday, November 18, 2009


sedikit panduan untuk kita semua dan selamat mencuba.

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

- beritaharian

Read more...

Ancaman baru telefon bimbit murah

>> Saturday, June 27, 2009


Tindakan India mengharamkan jualan telefon murah buatan China dan Taiwan kerana tiada IMEI mendedahkan bahaya senyap yang tidak disedari pengguna sejak sekian lama.

Bagaimanapun pada minggu lalu, dunia gempar dengan tindakan drastik kerajaan India mengharamkan pengimportan telefon mudah alih dari China dan Taiwan. Alasannya ialah sebagai antara langkah keselamatan domestik.


Ini kerana telefon buatan dua buah negara itu dikesan tidak dilengkapi dengan International Mobile Equipment Identity (IMEI). Ironi, kod siri 15 digit itu sebenarnya bukan syarat standard pembuatan produk telekomunikasi.

Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah. Langkah berani itu dipuji Presiden Persatuan Selular India, Pankaj Mohandroo yang sekian lama meminta pihak kerajaan berbuat demikian. 

“Kami sudah letih berkempen mendesak kerajaan menyekat kemasukan telefon bimbit dari China dan Taiwan, bahkan ada bukti suspek pengganas siri serangan di Mumbai juga menggunakan produk telekomunikasi ini kerana ia tiada IMEI,” jelas beliau. Ketiadaan siri itu yang biasanya dilekatkan di belakang telefon bimbit turut mendedahkan pengguna kepada risiko jika berlaku kecurian. Data di dalam telefon juga boleh dieksploitasi penjenayah untuk memintas dengar perbualan.

Hakikat yang tidak disedari ramai ialah telefon tanpa IMEI sebenarnya banyak terdapat di pasaran. Ia menerima permintaan tinggi kerana berharga murah. Di India, telefon sedemikian dijual dari serendah RM60 sehingga RM120 sebuah.

- Oleh AMREE AHMAD /Kosmo

Read more...

kerjasama antara rakan rakan peniaga

>> Wednesday, June 3, 2009

Perhubungan yang baik dan semangat kerjasama yang tingi sesama kita, khusus nya kepada para peniaga itu sendiri sudah cukup untuk kita merasa gembira  demi mencapai keredhaan dan keberkatan dalam menjalani perniagaan seharian.

Persepakatan dan tolak ansur antara akan rakan peniaga perlulah dititik beratkan, apatah lagi untuk membangunkan pencernaan ekonomi kita juga, yang selaras dengan pendekatan konsep keagamaan kita sendiri. Dalam Islam berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat untung. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itu di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang baik.

Kita ambil sedikit percontohan dari beberapa pengalaman yang pernah dilalui setakat ini. Perniagaan yang berkaitan dengan 'sistem komunikasi maklumat' @ atau pun sesebuah kedai penjualan serta membaiki  set telefon bimbit di satu satu daerah mahupun sesebuah bandar, tidak dapat tidak mereka ini sememang nya mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga kalian ini adalah sahabat sahabat yang rapat dan selalu berhubungan demi kemajuan perniagaan masing masing.

Kerjasama yang baik, misal nya seorang peniaga tidak dapat menyelesaikan masaalah kerosakan sesebuah telefon yang dihantar oleh pelanggan,masa yang diambil untuk mengatasi nya agak lama, apatah lagi si-tuan punya atau pelanggan terus mendesak untuk mengetahui keadaan telefon nya. Disinilah kita perlu bijak untuk menyelesaikan nya, rasa nya eloklah kita meminta bantuan dari rakan rakan peniaga yang lain agar sesuatu masaalah itu dapat diatasi dengan baik dan beroleh kepercayaan pelanggan kita. Dalam hal ini mungkin sistem peralatan kepunyaan kita agak terhad untuk membaiki satu satu set telefon itu  dengan cepat dan kemas.

Juga mungkin kepakaran satu satu kedai dari segi membaikpulih itu agak berbeza, dan kita dapat meminta bantuan atau memberi bantuan untuk menyelesaikan masaalah yg dihadapi oleh rakan rakan kita yang lain. 

Begitu juga dengan setok simpanan alat ganti di kedai kita, perlu dikemaskini akan penjagaanya dari masa kesemasa dan jumlah yang cukup dalam satusatu masa bagi mengelakkan kelewatan maa yang di ambil bagi membaiki set telefon yangh dihantar oleh pelanggan kita. Disinilah kerjasama yang baik antara rakan rakan peniaga yg lain, seandainya kita kehabisan alatganti dan memerlukan kesiapan yg segera, kita boleh meminjam atau membeli sesuatualatganti itu dari rakan rakan peniagan yang lain. Inilah semangat yangbaik perlu  ditonjol sesama peniaga itu. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur sesama rakan peniaga antarakita, mungkin juga perniagaan kita sedikit kurang akan kelicinan nya.

Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dalam menghadapi berbagai-bagai masalah perniagaan dan dalam menghadapi berbagai-bagai kerenah pelanggan. Sabar adalah satu sifat mulia (mahmudah) yang sangat diperlukan dalam kehidupan. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

Perlu juga kita mengambil kita akan cabang cabang yg berkaitan dengan kita, umpama nya perlu kesabaran, bicara yang baik, kejujuran dan seterusnya menunaikan zakat sebagimana tuntutan agama kita. Ada nas yang mengatakan dalam rezeki kita itu, juga terdapat hak hak orang lain. Misalnya gaji kita itu, ada hak untuk isteri atau hak anak anak kita.

Ini adalah cuma sedikit saja yg dapat di coretkan untuk kali ini, insya Allah kita akan bertemu lagi dilain keluaran.

- editor4 cendanacommunication

Read more...

Pelancaran laman weblog Cendana Communication

>> Sunday, February 22, 2009

Pada 24 febuari 2009 lalu, sebuah laman blog kepunyaan sebuah kedai baikpulih telepon bimbit, CENDANA COMMUNICATION KEMAMAN telah pun dilancarkan. Perasmian laman tersebut telah mendapat liputan dari beberapa laman blog yang lain, sebagai promosi dengan kewujudan laman itu dipersada maya ini.

Image Hosted by UploadHouse.com

Kedai baikpulih telepon bimbit ini, bertempat di Lot. 24 arasbawah Kemaman Center Point, Jalan Da'Omar Chukai Kemaman.

Pembinaan laman tersebut lebih menfokuskan kepada aktiviti urusniaga yang dijalankan oleh pengurusan kedai telekomunakasi tersebut. Antara urusniaga yang dipertitikberatkan dikedai ini termasuklah:-

1- Menjual kelengkapan telepon bimbit
2- Perisian pelbagai software untuk telepon bimbit berkonsep symbian
3- Membaiki telepun bimbit pelbagai jenama
4- Pesanan kelengkapan baik pulih seperti Tornado, Jaf, Setool dan sebagainya
5- Penjualan telepon bimbit terpakai

Aktiviti ataupun sebarang hal hal perniagaan yang berkaitan akan di updatekan di laman ini dari masa ke semasa.

* artikel ini hanya sebagai ujian posting pertama - admint

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP