Untuk dijual handset terpakai SE - K330 dengan harga 135.00 sahaja termasuk belanja penghantaran

kerjasama antara rakan rakan peniaga

>> Wednesday, June 3, 2009

Perhubungan yang baik dan semangat kerjasama yang tingi sesama kita, khusus nya kepada para peniaga itu sendiri sudah cukup untuk kita merasa gembira  demi mencapai keredhaan dan keberkatan dalam menjalani perniagaan seharian.

Persepakatan dan tolak ansur antara akan rakan peniaga perlulah dititik beratkan, apatah lagi untuk membangunkan pencernaan ekonomi kita juga, yang selaras dengan pendekatan konsep keagamaan kita sendiri. Dalam Islam berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat untung. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itu di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang baik.

Kita ambil sedikit percontohan dari beberapa pengalaman yang pernah dilalui setakat ini. Perniagaan yang berkaitan dengan 'sistem komunikasi maklumat' @ atau pun sesebuah kedai penjualan serta membaiki  set telefon bimbit di satu satu daerah mahupun sesebuah bandar, tidak dapat tidak mereka ini sememang nya mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga kalian ini adalah sahabat sahabat yang rapat dan selalu berhubungan demi kemajuan perniagaan masing masing.

Kerjasama yang baik, misal nya seorang peniaga tidak dapat menyelesaikan masaalah kerosakan sesebuah telefon yang dihantar oleh pelanggan,masa yang diambil untuk mengatasi nya agak lama, apatah lagi si-tuan punya atau pelanggan terus mendesak untuk mengetahui keadaan telefon nya. Disinilah kita perlu bijak untuk menyelesaikan nya, rasa nya eloklah kita meminta bantuan dari rakan rakan peniaga yang lain agar sesuatu masaalah itu dapat diatasi dengan baik dan beroleh kepercayaan pelanggan kita. Dalam hal ini mungkin sistem peralatan kepunyaan kita agak terhad untuk membaiki satu satu set telefon itu  dengan cepat dan kemas.

Juga mungkin kepakaran satu satu kedai dari segi membaikpulih itu agak berbeza, dan kita dapat meminta bantuan atau memberi bantuan untuk menyelesaikan masaalah yg dihadapi oleh rakan rakan kita yang lain. 

Begitu juga dengan setok simpanan alat ganti di kedai kita, perlu dikemaskini akan penjagaanya dari masa kesemasa dan jumlah yang cukup dalam satusatu masa bagi mengelakkan kelewatan maa yang di ambil bagi membaiki set telefon yangh dihantar oleh pelanggan kita. Disinilah kerjasama yang baik antara rakan rakan peniaga yg lain, seandainya kita kehabisan alatganti dan memerlukan kesiapan yg segera, kita boleh meminjam atau membeli sesuatualatganti itu dari rakan rakan peniagan yang lain. Inilah semangat yangbaik perlu  ditonjol sesama peniaga itu. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur sesama rakan peniaga antarakita, mungkin juga perniagaan kita sedikit kurang akan kelicinan nya.

Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dalam menghadapi berbagai-bagai masalah perniagaan dan dalam menghadapi berbagai-bagai kerenah pelanggan. Sabar adalah satu sifat mulia (mahmudah) yang sangat diperlukan dalam kehidupan. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

Perlu juga kita mengambil kita akan cabang cabang yg berkaitan dengan kita, umpama nya perlu kesabaran, bicara yang baik, kejujuran dan seterusnya menunaikan zakat sebagimana tuntutan agama kita. Ada nas yang mengatakan dalam rezeki kita itu, juga terdapat hak hak orang lain. Misalnya gaji kita itu, ada hak untuk isteri atau hak anak anak kita.

Ini adalah cuma sedikit saja yg dapat di coretkan untuk kali ini, insya Allah kita akan bertemu lagi dilain keluaran.

- editor4 cendanacommunication

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP